Skip to main content

Tentang JomDuit!

Open edX is a not-for-profit enterprise of its founding partners Harvard University and the Massachusetts Institute of Technology that features learning designed specifically for interactive study via the web. Based on a long history of collaboration and their shared educational missions, the founders are creating a new online-learning experience with online courses that reflect their disciplinary breadth. Along with offering online courses, the institutions will use edX to research how students learn and how technology can transform learning–both on-campus and worldwide. Anant Agarwal, former Director of MIT's Computer Science and Artificial Intelligence Laboratory, serves as the first president of edX. EdX's goals combine the desire to reach out to students of all ages, means, and nations, and to deliver these teachings from a faculty who reflect the diversity of its audience. EdX is based in Cambridge, Massachusetts and is governed by MIT and Harvard.


Universiti Sains Malaysia (USM)

Universiti Sains Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1969,  merupakan  universiti kedua tertua di negara ini.  Sebelum Akta Universiti dikuatkuasakan pada 4 Oktober 1971, Universiti Sains Malaysia dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang.

Pada peringkat awal,  Universiti Sains Malaysia (USM) bermula dengan pengambilan seramai 57 orang pelajar sains.  Sejak itu, USM  membangun dengan pesatnya dan kini  USM mampu menawarkan pelbagai kursus pada  peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi kepada lebih 20,000 orang pelajar.  Kini, USM terkenal sebagai antara universiti tersohor di dalam mahupun di luar negara.

USM ditubuhkan hasil persetujuan yang  tercapai daripada resolusi yang   diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1962, yang mencadangkan agar sebuah kolej universiti ditubuhkan di Pulau Pinang.  Sehubungan itu, sebidang tanah dikenal pasti di Sungai Ara sebagai tapak kolej universiti ini. Majlis Peletakan Batu Asas di tapak ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj  pada 7 Ogos 1967.

Walau bagaimanapun, Universiti Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1969 untuk  menampung keperluan kampus yang lebih luas dan persekitaran yang lebih kondusif bersesuaian dengan keperluan negara pada masa hadapan.

Pada bulan April 1969, Profesor Hamzah Sendut telah dilantik sebagai Naib Canselor.  Dua bulan kemudian, kumpulan pertama seramai  57 orang pelajar telah diterima masuk untuk mengikuti pengajian mereka.  Memandangkan kawasan kampus di Sungai Ara belum  dibangunkan, maka  kumpulan pelajar ini ditempatkan di Maktab Perguruan Persekutuan Bukit Gelugur yang dipinjamkan daripada Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1971, kampus yang sepatutnya di Sungai Ara dipindahkan ke tapak yang ada sekarang,  iaitu di  Minden.  Lokasi baru seluas 500 ekar yang terletak di kawasan berbukit  ini begitu  mempesonakan dengan persekitarannya yang menghijau, ditambah pula dengan keindahan laut yang luas terbentang.

Sejak penubuhannyanya,  USM melaksanakan sistem pusat pengajian,  yang agak berbeza dengan sistem falkulti yang lazimnya diamalkan.  Yang uniknya sistem ini adalah bahawa pelajar setiap pusat pengajian dapat memenuhi keperluan pengijazahan khusus di dalam bidang yang dipilih dan pada masa yang sama, pelajar berpeluang mengikuti bidang pengajian dalam disiplin lain yang ditawarkan oleh pusat pengajian yang lain.  USM merupakan universiti pertama yang mengamalkan pendekatan antara bidang ini.  Melalui pendekatan ini,  USM dapat memastikan bahawa graduan yang dihasilkannya terlatih dan serba boleh.

Kampus Induk USM terletak di bahagian pulau Pulau Pinang dengan keluasan 591.72 ekar (240.13 hektar).  USM mempunyai dua kampus cawangan iaitu  Kampus Kesihatan yang terletak di Kubang Kerian (lebih kurang 300 km dari Kampus Induk)  dan Kampus Kejuruteraan yang terletak di Nibong Tebal (lebih kurang 50 km dari Kampus Induk). Pusat Pengajian Sains Perubatan,  Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan Pusat Pengajian Sains Pergigian terletak di Kampus Kesihatan, manakala Kampus Kejuruteraan menempatkan  enam Pusat Pengajian Kejuruteraan. Hingga kini, lebih daripada 30,000 pelajar telah mendaftar di USM.


Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Detik sejarah UNIMAS bermula dengan pengumuman rasmi oleh Menteri Pendidikan pada masa itu, YB Tan Sri Datuk Amar Sulaiman Haji Daud pada 1 Oktober 1992 dan pelantikan Profesor Dato’ Dr Zawawi Ismail sebagai Naib Canselor pengasas dan seterusnya UNIMAS diperbadankan pada 24 Disember 1992. Ibupejabat operasi pertama UNIMAS pada ketika itu bertempat di Pusat Bandar Damansara Kuala Lumpur. Pembukaan pejabat pertama di Kuching adalah di Rumah Setia, Taman Budaya. Penuh dengan kenangan manis, pejabat di Rumah Setia, Kuching adalah merupakan nadi penggerak kepada bermulanya segala perancangan pembangunan UNIMAS seterusnya.

Selain itu, sebagai permulaan kepada terbentuknya sebuah institusi pengajian tinggi awam yang baru di negeri Sarawak UNIMAS memulakan operasi akademik dengan membuka dua fakulti perintis iaitu Fakulti Sains Sosial dan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Selain itu, dua buah pusat sokongan akademik turut ditubuhkan iaitu Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia dan Pusat Khidmat Maklumat Akademik. Sementara menunggu siapnya kampus sementara di Kota Samarahan, operasi pembelajaran dijalankan di Pusat Latihan Telekom, Semariang. Kampus Kota Samarahan dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada 31 Ogos 1993 bersempena dengan perayaan Hari Kebangsaan.

Semenjak dari detik pertama penubuhan, UNIMAS terus menapak dan mengorak langkah dengan memperluas dan mempelbagaikan program serta memantapkan kemudahan fizikal di kampus sementara. Sehingga penghujung tahun 1995, lapan buah fakulti telah ditubuhkan termasuklah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan.

Keunggulan UNIMAS terserlah apabila tanggal 9 Ogos 1997, telah berlangsung Majlis Konvokesyen UNIMAS yang pertama di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak. Seramai 153 graduan perintis dari empat fakulti telah menerima ijazah masing-masing. Jumlah ini adalah terdiri daripada graduan prasiswazah dan pascasiswazah.

Detik sejarah UNIMAS terus diukir pada 1 Mac 1997, apabila YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak telah dilantik sebagai Pro Canselor manakala TYT Tun Datuk Patinggi (Dr) Ahmad Zaidi Adruce bin Muhamad Noor telah dilantik semula sebagai Canselor. Namun begitu, pada 5 Disember 2000, UNIMAS telah kehilangan negarawan dan Canselor yang banyak berjasa dengan kembalinya ke rahmahtullah Allahyarham TYT Tun Datuk Patinggi Ahmad Zaidi Adruce bin Muhammed Noor. Manakala, pada 16 Disember tahun 2000, Naib Canselor UNIMAS pada ketika itu dan juga seorang individu yang memainkan peranan penting dalam menggubal misi dan struktur akademik serta pengurusan, Ybhg Profesor Emeritus Dato’ Ir Dr M Zawawi Ismail bersara daripada UNIMAS. Walaubagaimanapun, sumbangan serta amanat mereka tetap terpahat dalam lipatan memori dan juga sejarah UNIMAS.

Sesungguhnya keunggulan UNIMAS sebagai salah sebuah Institusi Pengajian Awam di negara ini terus menyerlah dengan pemantapan prasarana pembelajaran apabila telah berjaya dalam rundingan mendapatkan pembiayaan sebanyak RM745 juta daripada peruntukan inisiatif dua hala antara Malaysia dan Jepun. Pembiayaan tersebut adalah untuk menyokong pembinaan Kampus Tetap yang bersifat terbuka dengan kawasan seluas 1040 hektar dengan jarak hanya 14 km dari Bandaraya Kuching. Perasmian bagi kerja-kerja pembinaan Kampus Tetap telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud pada 13 Mei 2002.

Suasana kegembiraan menyelubungi seluruh warga UNIMAS apabila tanggal 18 April 2006, Kampus Tetap UNIMAS yang tersegam indah dan luas telah dirasmikan pembukaannya oleh Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Dengan berkonsepkan Kampus Kota, kampus ini mudah dikunjungi oleh orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan kerana ia bersifat terbuka. Laluan-laluan pejalan kaki dibina dalam rangkaian yang mudah untuk menghubungi antara bangunan-bangunan bagi menjamin keselesaan pengguna. Selain itu, kemudahan untuk golongan istimewa turut disediakan agar mereka dapat menjalani aktiviti seharian yang selesa di kampus. Dan sebagai landasan kepada komuniti berangkai di kampus sementara, di Kampus Tetap yang baru diduduki ini juga, sekali lagi keutamaan diberikan kepada teknologi ICT, bukan sahaja dalam bidang pengajaran tetapi termasuk juga pengurusan.