Prof Dr Noraida Endut
Profesor Dr Noraida Endut ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia. Beliau mengkaji dan menulis dalam bidang kajian gender, undang-undang dan dasar, wanita dan isu-isu pembangunan, keganasan terhadap wanita, wanita dan pekerjaan, kajian maskuliniti dan wanita dan agama. Apabila tidak menyelidik dan menjalankan aktiviti advokasi dalam isu-isu gender, Prof. Dr. Noraida Endut amat suka membuat kek, biskut dan seumpamanya. Hasil hobi beliau ini telah dikongsi dengan ramai ahli keluarga, kawan dan kenalan dan ramai yang memberikan maklum balas positif kepada kek, kek cawan dan kuih muih berbakar yang lain yang beliau hasilkan. Beliau menerima pelawaan untuk membangunkan kursus "Kek dan Kek Cawan" ini bukan sebagai seorang pakar membuat kek tetapi sebagai satu bentuk perkongsian dengan pelajar yang berminat membina pengetahuan dan kemahiran dalam pembuatan kek dan kek cawan. "Pembantu setia" beliau di dapur apabila membuat kek ialah anak lelaki beliau, Umarrizqi.